Nota Tambahan



TABIAT MAKAN HAIWAN

Haiwan memerlukan makanan untuk membesar, mendapat tenaga bagi menjalankan aktiviti harian dan untuk kekal sihat. Haiwan yang berlainan makan jenis makanan yang berbeza. Haiwan boleh dikelaskan kepada tiga kumpulan utama mengikut tabiat makan, iaitu haiwan herbivor, haiwan karnivor dan haiwan omnivor. 

Haiwan Herbivor

Haiwan herbivor merupakan haiwan yang makan tumbuh-tumbuhan sahaja. Antara contoh haiwan herbivor dan makanannya adalah seperti berikut:
  • Lebah, rama-rama dan burung madu makan madu bunga.



  • Kuda, lembu dan kambing makan rumput.



  • Beluncas dan belalang makan daun. 



  • Panda makan pucuk buluh.



Haiwan Karnivor

Haiwan karbivor merupakan haiwan yang makan daging haiwan sahaja. Antara contoh haiwan karbivor adalah seperti berikut:





Haiwan Omnivor

Haiwan Omnivor merupakan haiwan yang makan tumbuhan dan haiwan lain. Antara contoh haiwan omnivor dan makanannya adalah seperti berikut:
  • Kucing makan nasi dan tikus.
 

  • Anjing makan nasi dan tulang. 

  • Ayam makan bijirin dan cacing. 









CARA PEMBIAKAN HAIWAN 

Haiwan membiak secara melahirkan anak atau bertelur untuk menjamin kemandirian spesiesnya.

Pembiakan Secara Melahirkan Anak

Contoh haiwan yang melahirkan anak adalah seperti berikut:





Pembiakan Secara Bertelur

Contoh haiwan yang bertelur adalah seperti berikut: 









TUMBESARAN HAIWAN 

Selepas dilahirkan atau ditetaskan daripada telur, anak-anak haiwan sama ada akan:
  • mempunyai rupa dan bentuk yang sama dengan ibunya, atau
  • tidak mempunyai rupa dan bentuk yang sama dengan ibunya
Haiwan mengalami perubahan semasa tumbesarannya. Haiwan berubah dari segi bentuk dan saiz.


Haiwan Yang Mempunyai Rupa Dan Bentuk Yang Sama Dengan Ibunya

Anak haiwan yang meyerupai ibunya akan terus membesar sekiranya mendapat keperluan asas yang mencukupi dengan mengalami perubahan saiz. Contoh haiwan yang mempunyai rupa dan bentuk yang sama dengan ibunya adalah seperti berikut: 




Haiwan Yang Tidak Mempunyai Rupa Dan Bentuk Yang Sama Dengan Ibunya

Contoh anak haiwan yang tidak meyerupai dengan ibunya selepas ditetaskan adalah rama-rama, katak dan nyamuk. Anak rama-rama, katak dan nyamuk akan mengalami perubahan rupabentuk mengikut fasa-fasa tertentu.
  • Beluncas akan menjadi rama-rama
                                                   beluncas                                   rama-rama

  • Berudu akan menjadi katak
                                                      berudu                                        katak

  • Jejentik akan menjadi nyamuk
                                                     jejentik                                        nyamuk


                                                                                     



Kitar Hidup Rama-rama



Telur rama-rama adalah amat kecil, bujur atau berbentuk silinder dan mempunyai sangkar yang amat halus serta lain-lain struktur mikroskopik. Rama-rama betina bertelur pada daun, batang tumbuhan atau objek-objek yang lain, selalunya pada atau berhampiran dengan sumber makanan untuk beluncas.

Beluncas (larva) adalah panjang, peringkat yang kelihatan seperti cacing. Ia selalunya mempunyai corak-corak jalur atau tompok-tompok yang menarik dan juga mempunyai rerambut halus seakan-akan duri-duri halus. Ia merupakan peringkat mendapatkan makanan dan tumbesaran. Sepanjang perkembangannya, ia menanggalkan kulitnya empat kali atau lebih untuk membaluti atau menyelaputi badannya yang membesar.

Pupa (krisalis) adalah peringkat transformasi dalaman yang mana tisu-tisu beluncas mengalami penggantian membentuk struktur serangga dewasa. Warna pupa kebanyakan spesis ialah jingga atau hijau dan ia sama dengan warna persekitaran. 

Peringkat dewasa (imago) adalah rama-rama atau kupu-kupu yang berwarna-warni. Ia adalah peringkat reproduktif dan boleh bergerak bagi spesis rama-rama. Peringkat dewasa melalui proses memikat, mengawan dan bertelur. Peringkat rama-rama atau kupu-kupu dewasa juga merupakan peringkat di mana mereka berimigrasi atau mengkoloni sesuatu habitat tertentu.  




Kitar Hidup Katak


Peringkat 1- Telur (frog spawn)
Katak menghasilkan telur di dalam air atau kawasan berair. Telur-telur katak melekat antara satu sama lain membentuk sekelompok telur. Katak bertelur berpuluh-puluh sehingga beratus-beratus biji telur. Ini adalah cara semula jadi untuk memastikan kemandirian hidup spesisnya. Telur katak dilindungi dan dikelilingi dengan struktur seperti agar-agar dan agak licin. Katak betina tidak akan menjaga telur-telurnya selepas bertelur. Telur-telur itu akan berkembang tetapi hanya sedikit yang akan berjaya menetas menjadi katak dewasa. Ini kerana, hidupan lain seperti itik, ikan, serangga dan lain-lain haiwan akan memakan sebahagian telur tersebut.  

Peringkat 2- Berudu (tadpole)
Selepas 21 hari tempoh perkembangan, embrio akan meninggalkan cengkerang agar-agar dan melekatkan dirinya pada rumpai air di dalam air. Kemudian ia menjadi berudu. Berudu akan membesar sehingga ia berjaya berenang di dalam air. Ini mengambil masa 3 hari hingga 3 minggu. Berudu makan tumbuhan air yang kecil yang melekat pada tumbuhan air yang lebih besar. Tumbuhan kecil ini dipanggil alga. Berudu mempunyai ekor yang panjang dan tinggal di dalam air. Ia mudah mati dan bergantung kepada keupayaan menyamar untuk melindunginya. Berudu juga terancam dan ia boleh dimakan oleh hidupan air yang lain. Kadangkala berudu mati apabila kolam atau kawasan berair menjadi kering.

Peringkat 3- Berudu Mula Berubah 
Selepas 5 minggu, berudu mula berubah. Kaki belakang mula terbentuk, diikuti dengan kaki hadapan. Kaki hadapan terbentuk di bahagian belakang kepalanya yang bonjol. Ekor berudu mengecil. Paru-paru mula berkembang untuk membolehkan katak hidup di darat. Pada peringkat ini, berudu akan berenang ke permukaan air untuk bernafas. Ekornya juga membantu ia berenang untuk mendapatkan makanan. Berudu mula makan tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang reput. 

Peringkat 4- Hampir Menjadi Katak (froglet)
Lama-kelamaan, berudu akan mula kelihatan seperti katak. Ia menanggalkan kulit. Mulutnya mula melebar dan rahangnya mula hilang. Ekor mengecil dan kaki membesar. Paru-paru semakin menjalankan fungsinya.

Peringkat 5- Katak (frog)
Selepas 11 minggu, ia telah berkembang dengan lengkap, katak yang mempunyai paru-paru, kaki dan tanpa ekor. Ia mula keluar dari air. Katak lebih banyak menghabiskan hidupnya di darat berbanding di dalam air. Katak yang kecil ini mula memakan serangga dan cacing. Ia akan menjadi katak dewasa dan akan mencari pasangan. Katak betina akan bertelur dan proses ini berulang kembali. 




Kitar Hidup Nyamuk


Nyamuk mengalami metamorfosis lengkap. Nyamuk mengalami empat peringkat perkembangan yang jelas iaitu telur, larva, pupa dan nyamuk dewasa. Kitar hidup lengkap nyamuk mengambil masa sebulan.

Peringkat 1- Telur
Selepas menghisap darah, nyamuk betina bertelur sekelompok telur yang mangandungi 40 hingga 400 telur halus yang berwarna putih yang terapung pada permukaan air bertakung atau air yang mengalir amat perlahan. 

Peringkat 2- Larva
Dalam masa seminggu, telur itu akan menetas menghasilkan larva atau jejentik yang mana ia bernafas melalui tiub yang terkeluar pada permukaan air. Larva memakan bahagian kecil bahan organik yang terapung dan juga makan sesama mereka. Larva membentuk sebanyak 4 kali sepanjang perkembangan mereka.

Peringkat 3- Pupa
Pupa juga tinggal berhampiran dengan permukaan air, bernafas melalui dua tiub berbentuk seperti tanduk (dipanggil sifon) yang terletak pada bahagian belakang pupa. Pupa tidak makan.

Peringkat 4- Nyamuk Dewasa
Nyamuk dewasa keluar dari pupa apabila kulit terbuka selepas beberapa hari. Nyamuk dewasa hanya boleh hidup beberapa minggu sahaja.





Pernafasan Haiwan

Haiwan perlu bernafas untuk kekal hidup. Melalui pernafasan, haiwan boleh mendapatkan oksigen yang diperlukan dari persekitarannya. Haiwan bernafas dengan menggunakan struktur pernafasannya. Haiwan yang berlainan mempunyai struktur pernafasan yang berbeza. Struktur-struktur pernafasan bagi haiwan ialah peparu, insang, struktur trakea, kulit lembap dan peparu buku.

  • Haiwan yang bernafas melalui peparu. Contoh: burung, arnab, zirafah dan ikan lumba-lumba.
   

  • Haiwan yang bernafas melalui insang. Contoh: udang dan ikan.
 

  • Haiwan yang bernafas melalui struktur trakea. Contoh: rama-rama dan belalang. 
        

  • Haiwan yang bernafas melalui kulit lembap. Contoh: katak dan cacing.
 
       
  • Haiwan yang bernafas melalui peparu buku. Contoh: labh-labah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan