Jumaat, 30 November 2012

PERLINDUNGAN

Penyesuaian Terhadap Alam

Tumbuhan mempunyai ciri-ciri khas untuk melindunginya daripada cuaca yang kering. 


  • Pokok keladi mempunyai daun berlilin yang kalis air dan boleh mengurangkan kehilangan air. 



  • Pokok pisang menggulungkan daunnya semasa cuaca panas.



  • Pokok kaktus mempunyai daun halus berbentuk jarum untuk mengelakkan banyak kehilangan air. Pokok kaktus juga mempunyai akar yang panjang membolehkan mencari air jauh ke dalam tanah. 




Tumbuhan juga mempunyai ciri-ciri khas untuk melindunginya daripada angin kuat. 

  • Pokok buluh mempunyai batang yang dapat melentur dengan mudah. 



  • Pokok bakau mempunyai akar banir untuk mengelakkan tumbuhan daripada mudah tumbang. 



  • Pokok kelapa mempunyai daun pecah-pecah yang boleh mengurangkan halangan angin. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan